Monday, 8 August 2016

HACKER

Salah laku dalam penggunaan internet boleh menjerumus kepada terjadinya jenayah siber. Pada
zaman yang serba canggih ini ,jenayah siber semakin menjadi-jadi meluas dan merebak dalam
kalangan pengguna yang menyalahgunakan pengetahuan yang mereka miliki. Apa itu jenayah siber?
Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Kemunculan internet sebagai
alat komunikasi terkini menjadikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan
maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-
juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar ataupun salah, idea,
propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui internet. Keupayaan internet sebagai
alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Perbezaan antara internet dan
bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana internet adalah satu platform yang menyediakan
maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Internet
meningkatkan kemungkinan seseorang untuk menyebarkan maklumat dan berinteraksi dengan orang
lain yang mungkin beribu-ribu batu jauhnya.
Antara isu-isu yang timbul yang melibatkan salah laku dalam penggunaan internet ataupun jenayah
siber adalah dengan terjadinya gangguan perkhidmatan dan percubaan merosakkan komputer oleh
individu tidak bertanggungjawab. Perbuatan seperti mencuri data dan penggodaman maklumat-
maklumat sulit oleh penggodam ataupun “hacker” boleh mengganggu komputer seseorang dengan
mencuri data-data atau merosakkan sistem komputer dengan sengaja. Apa itu penggodaman?
Penggodaman adalah satu pencerobohan yang dibuat oleh individu ataupun kumpulan yang dipanggil
penggodam ataupun “hacker” ke atas komputer pelayan tanpa mendapat keizinan daripada pelayan
rangkaian komputer tersebut.
Penggodam terdiri daripada dua kategori iaitu kategori topi putih (white hat) dan juga kategori topi
hitam (black hat). Bagi penggodam topi putih ataupun lebih dikenali dalam kalangan mereka yang
terlibat dalam bahagian IT sebagai “cracker” adalah merupakan penggodam beretika yang memecah
keselamatan tetapi bukan untuk berniat jahat. Mereka ini biasanya mempunyai etika yang jelas dan
selalu berusaha untuk bekerja dengan pengilang atau pemilik untuk memperbaiki kelemahan yang
dijumpai. Bagi penggodam kategori black hat ataupun lebih dikenali sebagai “hacker” merupakan
seseorang yang memanipulasi keselamatan komputer tanpa izin atau menggunakan teknologi biasanya
sebuah komputer ataupun internet untuk tujuan keganasan, vandalism, penipuan kad kredit dan
sebagainya. Ini juga bermakna mengambil alih kawalan komputer lain melalui sebuah rangkaian atau
perekahan perisian (software cracking).
Pada Disember tahun 2014 negara telah digemparkan dengan kes penggodaman 17 mesin juruwang
automatik (ATM) di ibu negara, Selangor, Melaka dan Johor Bharu yang mana telah membabitkan
kerugian lebih daripada RM 3 juta. Terdapat juga kes yang membabitkan sindiket yang dipercayai
didalangi oleh warga Amerika Latin yang dikesan pada September tahun yang sama. Kes ini telah
membuka mata banyak pihak mengenai keperluan tahap keselamatan sistem perbankan bukan sahaja
ditumpukan kepada kad-kad bank malah sistem mesin ATM. Ini kerana jenayah siber telah
mencetuskan kebimbangan kira-kira 15 juta pemilik akaun bank di negara ini yang khuatir dengan
keberkesanan sistem keselamatan institusi perbankan dalam melindungi kepentingan pemilik akaun.
Kes yang paling mengejutkan adalah apabila negara digemparkan dengan serangan alam siber yang
ditunjangi oleh penggodam antarabangsa yang dikenali sebagai Anonymous. Kesan buruk yang
terhasil akibat penggodaman mereka ini adalah sangat besar yang mana dalam serangan tersebut,
sebanyak 91 buah laman web telah mengalami gangguan perkhidmatan.

2 comments:

  1. Isu yang sangat menarik utk dibaca

    ReplyDelete
  2. hahah..tq..jagan lupe share kat kekawan ky..
    xoxo muaaahh ckt

    ReplyDelete