Monday, 8 August 2016

PENDAHULUAN

Perkataan Internet berasal daripada gabungan perkataan inter dan network, iaitu inter-net atau antara
rangkaian. Internet juga boleh ditakrifkan sebagai antara rangkaian – rangkaian komputer. Sekiranya
menggunakan komputer biasa tanpa internet, data – data tersebut akan disimpan dalam bentuk fail di
dalam ‘hardisk’ komputer dan hanya pengguna komputer itu sendiri sahaja yang boleh membukanya.
Tetapi di dalam istilah internet ini pula, fail tersebut disimpan di satu tempat yang dinamakan ‘host’ di
mana seluruh rangkaian komputer di dunia ini boleh mengakses fail tersebut dan inilah dikatakan sebagai
‘Dunia Cyber’. Penciptaan peralatan komunikasi canggih seperti internet pada zaman ini menjanjikan satu
era yang baru dalam perkembangan penyebaran maklumat. Penggunaan internet dapat memantapkan
proses pencarian ilmu seperti pendidikan, pekerjaan, hiburan, kewangan dan sebagainya(President’s
Working Group, 2000). Internet boleh dikatakan menjadi sumber rujukan utama bagi sesetengah pihak
untuk mengetahui tentang isu – isu semasa sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Selain
daripada itu, tidak dinafikan juga internet juga merupakan salah satu media hiburan utama bagi golongan
remaja dan golongan dewasa. Banyak perubahan yang terjadi dengan kehadiran internet, terutama bagi
pola fikiran masyarakat generasi saat ini. Menurut bill Gates, ‘internet seperti komputer peribadi, ia bagai
satu ombak yang besar. Iannya akan melemaskan orang yang tidak bersedia untuk mengharungi ombak
ini’. Fenomena yang terjadi pada masyarakat moden saat ini seperti kebergantungan para remaja terhadap
internet jelas membuktikan yang internet ini bagai isi dan kuku yang tidak dapat dipisahkan. Tambahan
pula, dengan kewujudan media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dan bermacam-macam lagi
yang wujud umpama cendawan tumbuh selepas hujan ini yang membuatkan hubungan komunikasi itu
semakin rancak dan sering sahaja mendapat tempat dihati para remaja zaman sekarang. Namun begitu,
internet ini memang banyak membawa kepada kebaikan tetapi dalam pada masa yang sama jika tidak
dikawal penggunaannya ia boleh membawa kepada kesan yang buruk.


SIBER BULI

Pada era modenisasi dan diliberalisasi ini, internet merupakan medium atau rangkaian untuk kita
berhubung antara satu sama lain dengan dunia luar. Pelbagai maklumat boleh didapati dengan hanya
menggerakkan satu jari sahaja. Pelbagai medium boleh digunakan seperti Facebook, Twitter, Instagram
dan sebagainya. Internet boleh mendatangkan banyak manfaat kepada penggunanya jika digunakan untuk
tujuan yang baik. Namun begitu, internet juga boleh mendatangkan keburukan kepada seseorang jika
tidak digunakan secara beretika. Mengikut statistik yang telah dikeluarkan oleh Cyber Security Malaysia
(CSM) , kes jenayah siber meningkat dari tahun ke tahun. Setiap 10,000 kes dilaporkan berlaku pada
setiap tahun di negara ini dengan nilai kerugian sebanyak RM2.7 juta antaranya melibatkan kes penipuan
dalam talian dan pencerobohan sistem pengkomputeran. Oleh itu, penyalahgunaan internet bukanlah satu
isu yang boleh kita ambil mudah sahaja, semua pihak harus berganding bahu dalam menangani masalah
sebegini.
Maksud siber buli mengikut National Crime Preventional Council, adalah apabila internet, telefon
bimbit atau alat lain yang digunakan untuk mengirim teks atau imej diniatkan untuk mencedera atau
memalukan orang lain. Isu siber buli memang tidak asing lagi pada kita. Lihat sahajalah contoh pada hari
ini, seperti isu Arlina Banana bertindak ingin membunuh diri kerana tertekan dengan hinaan daripada
pengikutnya di laman sosial. Pelbagai reaksi yang telah diberikan oleh masyarakat terhadap isu seperti ini.
Ada yang menyokong dan ada juga yang mencerca. Jika difikir dengan lebih mendalam lagi, pembuli
siber lebih bahaya daripada perbuatan membuli orang lain kerana pembuli siber boleh sahaja merahsiakan
identitinya dan boleh membuli mangsanya tidak kira masa.
Faktor am berlakunya kes jenayah siber ini pada kebiasaannya berpunca daripada ketidakpuasan hati
seseorang terhadap individu tertentu sama ada atas sebab perilaku, kemewahan, penampilan dan
sebagainya yang ada pada mangsa. penggunaan teknologi yang tiada hadnya menjadikan pembuli siber
lebih berani dalam mendera mangsa secara mental dengan menggunakan kata-kata negatif bertujuan
untuk menyakiti hati mangsa sekaligus memberi penderaan emosi dan mental kepada mangsa. Siber buli
ini mudah dilakukan kerana mereka hanya perlu menaip kata-kata yang tidak sepatutnya seperti perkataan
lucah, hinaan dan berbaur ugutan kepada mangsa supaya dapat menyeksa mental mangsa. perkara ini
mudah sahaja dilakukan kerana pembuli tidak perlu bersemuka dengan mangsa tersebut. Hal ini
menyebabkan pembuli lebih berani untuk mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya kepada mangsa.
Jelasnya, ketidakpuasan hati merupakan faktor am berlakunya kes jenayah siber.
Faktor berlakunya kes jenayah siber buli adalah kerana pembuli siber kurang mendapat perhatian yang
cukup daripada keluarga dan insan terdekat. Hal ini demikian menyebabkan mereka ingin mencari
perhatian daripada orang ramai dengan melakukan perkara yang salah iaitu siber buli. Mereka mengirim
teks seperti kata-kata hinaan, ugutan kepada mangsa. Dengan cara itu, mereka dapat perhatian daripada
umum. Selain itu, faktor berlakunya kes siber buli adalah kurangnya pengetahuan nilai-nilai agama dalam
diri mereka. Sebagai contoh, mereka menghina orang dengan perkataan-perkataan yang lucah, mengedar
gambar yang tidak sepatutnya, membuka aib seseorang dan sebagainya. Perbuatan seperti ini amatlah
ditegah dalam agama. Hal ini boleh menyebabkan mangsa mengalami tekanan emosi yang sangat teruk
dan jika dibiarkan mangsa mungkin mengambil keputusan drastik untuk membunuh diri. Kesimpulannya,
kurang mendapat perhatian yang cukup daripada keluarga dan insan terdekat dan kurangnya pengetahuan
nilai-nilai agama turut menyumbang kepada faktor kes siber buli ini.
Pelbagai kesan yang buruk boleh timbul jika masyarakat tidak mengambil hal ini sebagai sesuatu yang
serius. Kesan perdana yang akan timbul kepada mangsa buli adalah boleh menyebabkan mereka
mengalami tekanan perasaan yang kritikal. Mangsa akan mengalami kemurungan dan hilang keyakinan
diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Mereka takut untuk bercampur dengan orang sekeliling kerana
takut dihina dan dicerca oleh umum. Di samping itu, mereka juga akan hilang tumpuan dengan apa yang
mereka lakukan. Hal ini boleh menjejaskan kehidupan seharian mereka. Tambahan pula, kesan yang akan
dihadapi oleh mangsa jika dibiarkan berterusan boleh membawa kepada membunuh diri. Jika pembuli
berterusan melakukan siber buli, hal ini boleh membawa kepada pembunuhan. Oleh hal yang demikian,
siber buli merupakan kes jenayah yang sangat berat kerana kesan daripada itu membolehkan mangsa
berfikir secara tidak waras yang mendorong mereka untuk membunuh diri seperti mengelar pergelangan
tangan, menggantungkan diri dan sebagainya.
Oleh itu, pelbagai langkah yang harus diambil dalam menangani perkara ini. Masyarakat haruslah
berganding bahu bagai aur dengan tebing supaya permasalahan ini dapat diselesaikan dengan lebih efisien
lagi. Langkah-langkah yang boleh diikuti dalam membanteras jenayah kes siber buli ini adalah orang
awam harus mengetahui undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Melalui seksyen 223, Akta
Komunikasi Dan Multimedia, sebarang komen, permintaan, cadangan atau setiap komunikasi yang
kedengaran lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau serangan dengan niat untuk menjengkelkan,
memaki dan mengancam atau mengacau orang yang lain dianggap suatu kesalahan. Pesalah boleh
dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun. Oleh itu, siber buli bukanlah
suatu perkara yang boleh dibawa main. Masyarakat perlu tahu isu siber buli adalah suatu yang serius.
Kerajaan Malaysia amat menitikberatkan kes siber buli seperti ini.
Di samping itu, setiap orang haruslah tahu etika-etika berkomputer yang betul yang harus mereka ikuti
dan patuhi. Sebagai contoh, mereka haruslah menghormati pendapat dan privasi orang lain dalam media
sosial. Mereka harus mengutarakan pendapat dengan sopan yang tidak mengandungi perkataan-perkataan
lucah ataupun menghina. Seterusnya, masyarakat perlulah mempunyai kesedaran sivik dan nilai agama
yang tinggi supaya perkara sebegini dapat dibendung dan tidak berlarutan dengan sewenang-wenangnya.
Seharusnya penggunaan internet memberikan banyak manfaat kepada kita bukannya keburukan yang kita
sendiri cipta.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing supaya isu siber buli
ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Setiap orang haruslah mematuhi etika dan peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak berkuasa. Isu seperti ini haruslah di ambil berat bukan di pandang sepi begitu
sahaja. Mungkin ianya nampak biasa dan kecil bagi sesetengah orang namun saya percaya isu yang kecil
sebeginilah harus dibendung dahulu sebelum ianya menjadi besar. Siber buli boleh membunuh orang
secara senyap. Oleh itu, setiap orang haruslah menjaga adab dalam menulis atau menyebarkan sesuatu
perkara agar ianya tidak menyakiti hati sesiapa.

HACKER

Salah laku dalam penggunaan internet boleh menjerumus kepada terjadinya jenayah siber. Pada
zaman yang serba canggih ini ,jenayah siber semakin menjadi-jadi meluas dan merebak dalam
kalangan pengguna yang menyalahgunakan pengetahuan yang mereka miliki. Apa itu jenayah siber?
Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Kemunculan internet sebagai
alat komunikasi terkini menjadikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan
maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-
juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar ataupun salah, idea,
propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui internet. Keupayaan internet sebagai
alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Perbezaan antara internet dan
bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana internet adalah satu platform yang menyediakan
maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Internet
meningkatkan kemungkinan seseorang untuk menyebarkan maklumat dan berinteraksi dengan orang
lain yang mungkin beribu-ribu batu jauhnya.
Antara isu-isu yang timbul yang melibatkan salah laku dalam penggunaan internet ataupun jenayah
siber adalah dengan terjadinya gangguan perkhidmatan dan percubaan merosakkan komputer oleh
individu tidak bertanggungjawab. Perbuatan seperti mencuri data dan penggodaman maklumat-
maklumat sulit oleh penggodam ataupun “hacker” boleh mengganggu komputer seseorang dengan
mencuri data-data atau merosakkan sistem komputer dengan sengaja. Apa itu penggodaman?
Penggodaman adalah satu pencerobohan yang dibuat oleh individu ataupun kumpulan yang dipanggil
penggodam ataupun “hacker” ke atas komputer pelayan tanpa mendapat keizinan daripada pelayan
rangkaian komputer tersebut.
Penggodam terdiri daripada dua kategori iaitu kategori topi putih (white hat) dan juga kategori topi
hitam (black hat). Bagi penggodam topi putih ataupun lebih dikenali dalam kalangan mereka yang
terlibat dalam bahagian IT sebagai “cracker” adalah merupakan penggodam beretika yang memecah
keselamatan tetapi bukan untuk berniat jahat. Mereka ini biasanya mempunyai etika yang jelas dan
selalu berusaha untuk bekerja dengan pengilang atau pemilik untuk memperbaiki kelemahan yang
dijumpai. Bagi penggodam kategori black hat ataupun lebih dikenali sebagai “hacker” merupakan
seseorang yang memanipulasi keselamatan komputer tanpa izin atau menggunakan teknologi biasanya
sebuah komputer ataupun internet untuk tujuan keganasan, vandalism, penipuan kad kredit dan
sebagainya. Ini juga bermakna mengambil alih kawalan komputer lain melalui sebuah rangkaian atau
perekahan perisian (software cracking).
Pada Disember tahun 2014 negara telah digemparkan dengan kes penggodaman 17 mesin juruwang
automatik (ATM) di ibu negara, Selangor, Melaka dan Johor Bharu yang mana telah membabitkan
kerugian lebih daripada RM 3 juta. Terdapat juga kes yang membabitkan sindiket yang dipercayai
didalangi oleh warga Amerika Latin yang dikesan pada September tahun yang sama. Kes ini telah
membuka mata banyak pihak mengenai keperluan tahap keselamatan sistem perbankan bukan sahaja
ditumpukan kepada kad-kad bank malah sistem mesin ATM. Ini kerana jenayah siber telah
mencetuskan kebimbangan kira-kira 15 juta pemilik akaun bank di negara ini yang khuatir dengan
keberkesanan sistem keselamatan institusi perbankan dalam melindungi kepentingan pemilik akaun.
Kes yang paling mengejutkan adalah apabila negara digemparkan dengan serangan alam siber yang
ditunjangi oleh penggodam antarabangsa yang dikenali sebagai Anonymous. Kesan buruk yang
terhasil akibat penggodaman mereka ini adalah sangat besar yang mana dalam serangan tersebut,
sebanyak 91 buah laman web telah mengalami gangguan perkhidmatan.

PORNOGRAFI

Pada zaman kepesatan teknologi ini, penyalahgunaan internet sering sahaja berlaku dan sering hangat
diperkatakan. Isu penyalahgunaan internet yang sedang hangat diperkatakan adalah isu melayari laman web yang berunsur lucah atau dipanggil sebagai pornografi. Pornografi boleh didefinisikan sebagai penggambaran atau pengisahan sesuatu perlakuan dengan cara yang mengghairahkan yang bertujuan untuk membangkitkan nafsu seks secara lucah. Sebelum ini, cara mendapatkan bahan- bahan tersebut adalah melalui teknologi dari mesin cetak seperti foto, gambar, majalah, pita video atau cakera padat. Tetapi kini, dengan kepesatan teknologi menyebabkan perkara seperti ini mudah tersebar dengan cepat dan bermaharajalela di laman sosial, lagi- lagi semua benda hanya berada di hujung jari sahaja. Laman –laman web yang menyajikan pornografi ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja termasuklah golongan belia, remaja mahupun kanak- kanak kerana ianya percuma. Kesan perkembangan teknologi maklumat kini telah menyebabkan ramai remaja yang kini terdedah kepada laman web yang mengandungi unsur yang tidak bermoral ini yang memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia.
Faktor yang menyebabkan isu sebegini semakin berleluasa kerana laman-laman web tersebut tidak dipantau atau disekat secara ketat. Kesannya semakin ramai remaja yang mengakses laman tersebut tidak terkecuali juga yang berada di bawah umur yang turut serta. Selain itu, aktiviti harian anak yang tidak berada dalam pengawasan ibu bapa juga merupakan salah satu punca perkara ini berlaku. Di zaman yang serba moden ini, dapat dilihat bahawa ibu bapa bertungkus-lumus dalam mengejar kerjaya masing – masing yang menyebabkan tanggungjawab kepada anak – anak mereka terabai. Perkara ini berlaku kerana ibu bapa yang lebih mementingkan kerjaya berbanding anak- anak. Kesudahannya, kurang kasih saying daripada ibu bapa menyebabkan anak – anak ini merasa kesunyian. Pendek kata, apabila anak- anak ini merasa kesunyian, mereka akan lebih cenderung untuk melakukan sesuatu yang membuatkan mereka rasa terhibur dan secara tidak langsungnya mereka mungkin akan terjebak dalam melayari laman- web seperti pornografi. Seterusnya, pengaruh kawan – kawan yang tidak sihat juga merupakan factor berlakunya seseorang itu melayari laman web pornografi. Hal ini kerana, mereka ini mempunyai pengaruh kuat yang boleh mempengaruhi kawan yang lainnya. Jika berkawan dengan kawan yang selalu melayari laman web yang tidak bermoral ini, secara tidak langsungnya mereka pasti akan mengajak kawan sesama mereka untuk turut serta. Namun demikian, perkara ini tidak akan berlaku jika bukan diri sendiri yang memulakannya.
Pornografi juga boleh membawa kepada tingkah laku seksual yang buruk dan tidak normal. Hal ini berlaku kerana penonton pornografi akan cuba beraksi berdasarkan apa yang dilihat dan berakhir dengan keputusan atau hasil yang merosakkan atau menghancurkan seseorang. Sementara itu, mereka yang melayari laman web sebegini melahirkan pemikiran yang kotor dan tidak sihat. Fikiran yang kotor menyebabkan ilmu sukar hendak di terima yang menyebabkan pelajaran semakin merosot. Terdapat banyak cara - cara untuk membanteras isu ini semakin berleluasa iaitu pihak yang berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) hendaklah memainkan peranan dengan lebih tegas dan efektif dalam menyekat laman- laman web tersebut. Bukan SKMM sahaja yang perlu memainkan peranan mereka, tetapi masyarakat juga hendaklah prihatin dan bekerjasama dalam membanteras perbuatan ini seperti melaporkan atau membuat pengaduan kepada SKMM jika terdapat laman- laman web yang menyiarkan perbuatan pornografi ini. Seperti negara China, mereka
menggunakan perisian yang menggunakan ISA (Internet Security and Acceleration) untuk menyaring
setiap kandungan laman web secara berkesan bagi menangani laman web pornografi ini. Jelaslah bahawa, negara China yang merupakan negara yang terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai penduduk yang padat juga mampu dalam membanteras isu ini. Jadi mengapa tidak untuk negara Malaysia yang mempunyai penduduk yang optimum ini untuk memperlakukan perkara yang sama juga. Seterusnya, peranan ibu bapa juga penting dalam membanteras laman web pornografi ini berleluasa. Ibu bapa hendaklah memantau anak-anak semasa mereka menggunakan kemudahan internet. Alam maya ini tiada batasnya, oleh itu internet ini mempunyai keburukannya. Pemantauan ibu bapa sebenarnya mampu mengelakkan anak-anak daripada mengakses laman-laman web yang berunsurkan pornografi. Terbaru, ibu bapa kini mampu mengawal internet dengan menyekat laman-laman web yang berunsurkan negatif sebagai langkah mengelakkan pengguna internet mengakses laman-laman tersebut. Bak kata pepatah, anak ini ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Pemilihan kawan juga penting supaya tidak berkawan dengan orang yang salah. Justeru itu, remaja perlu mencari rakan yang baik dan islamik, taat kepada kedua ibu bapa dan mempunyai budi pekerti mulia yang boleh dijadikan sebagai rakan akrab. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Arab, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi dan jika berkawan dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya.
Lemahnya akidah seseorang membolehkan seseorang itu terjerumus ke lembah pornografi. Berbalik kepada fitrah beragama , semua agama melarang perbuatan yang tidak bermoral ini. Dalam Al-Quran ada menegaskan surah Al-Isra’ ayat 32 ‘Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk’. Kita sebagai seorang yang mempunyai agama yang ada panduan hendaklah berpegang teguh pada ajarannya. Manusia ini sifatnya bukannya semuanya sempurna dan sentiasa sahaja membuat kesilapan secara sedar atau tanpa disedari. Jika kita ada membuat sebarang kesilapan hendaklah kita insaf dan bertaubat serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Dapat dirumuskan bahawa isu pornografi membawa dampak yang sangat buruk bagi kehidupan manusia. Apabila seseorang itu sudah terjebak dalam pornografi sukar untuk mereka untuk berpatah balik melainkan mereka yang memiliki keazaman yang tinggi untuk berubah. Oleh itu, pornografi ini
hendaklah dibendung dengan sehabis mungkin bagi mengelakkan ramai yang terjebak terutama golongan remaja yang pada masa itu memiliki perasaan rasa ingin tau yang lebih tinggi. Lebih penting lagi, jika semua pihak memainkan peranan mereka masing-masing sudah tentu isu pornografi ini dapat dikurangkan

SCAMMER FOREX : INDIVIDU TAMAK SERING DITIPU


 
Forex scammer merupakan perkara yang tidak asing lagi di Malasia kerana bidang menjadi semakin popular dikalangan individu yang menginginkan pendapatan yang lumayan. Tetapi sebelum panjang lebar, sedikit maklumat tetang Forex. Forex meruapakan Foreign Exchange atau lebih dikenali sebagai tukaran matawang asing yang diniagakan selama 24 jam kecuali pada pasaran tutup iaitu pada sabtu dan ahad menggunakan platform perniagaan elektronik (e-commerce). Perniagaan forex dijalankan menggunakan platform mt4.

Berbalik kepada tajuk yang hangat di Malaysia pada hari ini iaitu Individu tamak sering ditipu Forex Scammer. Kenapa ia focus kepada individu tamak ?. Perkara ini sebenarnya sangat subjektif namun ia juga adalah berpunca dari sikap tamak individu itu sendiri yang menginginkan pendapatan lumayan sehingga terpengaruh dengan apa yang mereka lihat kemewahan yang dipaparkan oleh Forex Scammer tersebut. Akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian beribu-ribu dan malah bejuta.

Forex Scammer ini sebenarnya terdapat dalam banyak cabang forex yang pastinya individu yang tiada pengetahuan tentang forex pasti tidak menyedarinya dan pastinya akan tertipu. Namun, terdapat 1 kisah forex scammer yang mungkin telah diketahui oleh trader-trader di Malaysia walaupun masih belum diketahui oleh segelintir individu yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini.

Hafizzat Rusli atau lebih dikenali sebagai Prince of forex merupakan salah seorang forex scammer yang memulakan langkah dengan menunjukkan kemewahan dan hasil yang lumayan di akaun media sosialnya sehingga ramai individu yang terpedaya perkara tersebut. Berikut merupakan antara buktinya :










Ini merupakan akaun facebook bagi Haffizat yang bertujuan bagi mengiklankan kelas forex yang diadakan oleh beliau.



Berikut merupakan antara maklumat yang dipalsukan oleh Haffizat Rusli
 Berikut merupakan antara screen shot komen dari pelajar Haffizat Rusli yang telah ditipu dan pengakuan oleh bekas guru beliau.







Haffizat Rusli yang kononnya belajar di luar negara sedangkan dia telah dibuang dari university tempatan iaitu Unisel



Secara ringkasnya, Haffizat Rusli telah membuka beberapa website skim cepat kaya berasaskan Forex. Website yang berbeza tetapi pemiliknya adalah sama iaitu Haffizat Rusli. Antara skim beliau adalah melabur dengan beliau dan beliau akan dagangkan duit tersebut dalam pasaran forex dalam masa 28 hari dan modal akan dipulangkan beserta 100% keuntungan. Akhirnya beliau tidak pernah bayar sesen pun keuntungan kepada pelabur beliau termasuk modal juga lesap begitu sahaja

Selain itu, Haffizat juga menjalankan kelas forex dengan mengenakan yuran yang sangat mahal yang bermula dari RM1000 sehingga RM50000. Hakikatnya, apa yang diajar adalah terlampau basic dan boleh dipelajari secara percuma di youtube, babypips, forexfactory dan website yang menyediakan ilmu forex.

Selain yuran kelas yang sangat mahal, beliau juga mengenakan denda sebanyak RM1500 bagi setiap soalan yang ditanya oleh pelajar beliau. Ada pelajar beliau yang membuat pinjaman bank semata-mata untuk membayar yuran kelas sebanyak RM50000. Dari sini kita dapat lihat bahawa kelas beliau hanyalah ingin mengaut keuntungan semata-mata dan menipu pelajar beliau.

Secara keseluruhannya, ketahuilah tiada satu teknik yang sempurna dalam dunia ni. Semua ada kelemahan. Bagi yang baru menceburi bidang ini, carilah guru yg lebih mementingkan risk management dan banyak mengajar berkaitan psikologi bukan hanya ingin menunjukkan teknik dia yang paling hebat. Hal ini kerana ada segelintir pengajar ini akan mengajar ajaran-ajaran sesat dlm forex demi kepentingan peribadi. Itu yg paling dirisaukan. Anda pun kena ubah sikap anda dengan berusaha untuk mendapatkan kefahaman dalam forex dan bertrading dengan cara yg betul.